Definisi Trigger
Trigger merupakan himpunan skrip atau arahan yang berkaitan dengan jadual atau paparan (view) yang akan aktif secara automatik jika sesuatu peristiwa berlaku. Peristiwa tersebut termasuklah operasi CREATE, UPDATE, dan DELETE pada sesuatu jadual. Trigger boleh dilaksanakan sebelum atau selepas penyataan SQL. Salah satu penerapan trigger ialah merakam semua aktiviti MySQL yang gagal dalam penciptaan rekod baharu secara automatik akibat daripada masalah, misalnya putusnya sambungan.
Kelebihan penggunaan trigger
- Pemiawaian proses
Trigger dicipta sekali dan disimpan dalam pangkalan data. Justeru, klien akan menggunakan operasi yang sama pada proses pangkalan data kerana trigger yang digunakan adalah sama dalam pangkalan data. - Mudah dilakukan kemas kini
Apabila trigger dikemas kini pada pelayan, maka semua klien akan menggunakan kemas kini yang sama dengan kemas kini terkini. - Meningkatkan kerjasama pasukan
Apabila trigger dicipta dan disimpan pada pelayan, maka seluruh anggota pasukan boleh menggunakan bahasa pengaturcaraan yang berbeza untuk mengaksesnya. - Meningkatkan kecekapan proses
Trigger yang dicipta akan disimpan pada pelayan dalam bentuk yang telah dikompilasi. Oleh itu, trafik rangkaian tidak terbeban. - Program menjadi lebih ringkas
Trigger yang telah dicipta dan disimpan dalam pangkalan data boleh diakses oleh program dengan bahasa yang berbeza dan tanpa memerlukan arahan tambahan pada program untuk mengaksesnya.
Jenis – Jenis Trigger
- Trigger pangkalan data
Iaitu trigger yang berlaku apabila berlaku perubahan data pada jadual, seperti operasi DML yang merangkumi INSERT, UPDATE, dan DELETE. - Trigger aplikasi
Iaitu trigger yang berlaku apabila berlaku peristiwa atau kejadian tertentu pada sesuatu aplikasi, misalnya jika butang ditekan.

